Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu....I Love U

Baru lepas call mak tadi. Macam-macam yang disembangkan, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari call mak. Maklumlah free aje...Mesti anda semua nak tahu kan macam mana boleh free?Ala, senang aje. Gunalah Celcom 1 + 3. Best sangat, macam-macam ada. Promote celcom sikit(jangan marah Maxis dan Digi). Tak tahulah kenapa nak aje selalu dengar suara mak aku. Rindu kot. Tapi aku bukan anak mak tau. Aku anak bapak..Hehe..Memang best dapat sembang-sembang dengan mak aku. Tenang hati dibuatnya. Kalau ada masalah, terus hilang macam itu aje..Kenapa tak percaya ke???Percayalah, selalulah sembang-sembang dengan mak anda. Tapi bagi yang dah tiada mak, doakan kebaikan dan kesejahteraan untuk dia. Rajin-rajinlah sedekahkan Al-Fatihah. Kerana suara merdu kehidupan ini adalah suara ibu@mak@mama@umi@mummy@mother dan lain-lain lagi lah...

Hari ini semua orang bercakap tentang hari ibu.(tapi ada juga bercakap tentang hari umno, namun kuranglah. ). Apa yang aku tahu tentang sambutan hari ibu ini ialah ianya berkaitan dengan sambutan di Amerika yang saban tahun disambut dengan meriah pada ahad kedua bulan Mei. Ini bermakna sambutan hari ibu ini bukan berasal dari perayaan masyarakat kita, lebih-lebih bagi yang beragama Islam. Jadi bagi yang beragama Islam adalah tidak baik untuk kita merayakannya. Mungkin lebih tepat disebut, dilarang merayakan dan menyokong usaha-usaha menyuburkan perayaan ini. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud janganlah kita mencontohi perbuatan sesuatu kaum kerana kelak kita digolongkan di dalam kelompok mereka..Lebih kuranglah maksudnya.

Pendapat aku ialah kita sambutlah hari ibu setiap hari. Call mak ke, sembang-sembang ke, tengok muka mak kita dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ke(tengok muka orang tua kita satu ibadat tau), atau apa-apa aje yang sama waktu dengannya. Janji kita meraikan ibu kita dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Ingatlah, Syurga di bawah telapak kaki ibu. Berbakti dan jagalah ibu kita selagi hayat dikandung badan...Kita tidak dapat membalas jasa budi mak kita walaupun kita memberikan semua kehidupan ini kepadanya..Sekali lagi, tidak dapat membalas jasa budi mak walaupun kita berbakti dan menjaganya sepanjang hayat kita...Jasa dan pengorbanan mak kita tiada nilainya..

Namun, kalaupun kita tak dapat menyambutnya setiap hari, sambutlah pada hari lahir mak kita. Mak aku lahir pada 15/11/1958. Kira anak selepas merdeka macam aku gak. Tahun ini mak aku dah 50 tahun. Cepatnya masa berlalu kan..Rasa diri dah makin tua lak..Tapi yang aku hairan mak aku nampak muda aje. Macam umur 30-an sampai ada orang cakap dan tanya mak aku ini pakai susuk ke apa. Nampak muda dan cantik aje..Nanti aku nak tanya mak aku lah macamana nak muda selalu. Biasalah peminat aku ramai kan, takut diaorang lari pulak...hehe..Gurau aje..

Sampai di sini ajelah dulu aku nak citer pasal mak aku. Risau nanti bapak aku komen lak napa tak cerita tentang dia pulak. Mesti dia cakap aku tak adil. Tapi aku memang adil pun...hehe..Aku bagitaulah kat bapak aku citer tentang dia bulan depanlah pulak. Kan ada hari bapak gak. Betul tak alasan aku?

Apapun, selamat hari ibu kepada mak aku...I Love U

Wednesday, May 7, 2008

Lemahnya Kita

Serpihan kemusnahan makin terasa,
Tatkala manusia lupa pada pencipta,
Alpa di kala nikmat melimpah,
Sedangkan kematian senantiasa berada di depan mata kita.

Dunia bersolek mempesonakan nafsu kita,
Akal dikepung 4 penjuru dengan hebatnya,
Di kiri hawa, di kanan nafsu,
Di depan duri dan di belakang syaitan,
Mampukah kita melawannya?

Lemahnya kita,
Kejahatan bermaharajalela,
Kebaikan tiada kesannya,
Tubuh dan dunia di dalam kekotoran
Dan kebinasaan yang tiada noktahnya.

Lemahnya kita bukan kerana Islam,
Rebahnya kita bukan kerana Islam,
Umat ini disanggah bukan kerana Islam,
Tetapi umat ini ditindas, tewas, dan hina
Kerana melupakan Islam,
Kerana kita mula cintakan dunia
Dan mula takutkan mati.

Petua Untuk Lebih Berjaya

  • Lakukan satu perkara pada satu masa dengan kesungguhan.
  • Kenal pasti masalah yang sebenar.
  • Belajar mendengar dengan baik.
  • Jadikan bertanya satu tabiat. Bertanyalah dengan baik.
  • Bezakan antara yang hak dan yang batil.
  • Jika orang lain membuat kesilapan, belajar memahami dan sudi memaafkan.
  • Jika anda membuat kesilapan, akuilah kesilapan anda itu.
  • Bila berkata-kata, ucaplah secara ringkas tetapi padat.
  • Bertenanglah menghadapi sesuatu cabaran.
  • Senyumlah selalu kerana ia adalah sedekah yang juga akan menggembirakan hati anda.

Tuesday, May 6, 2008

Jangan Sombong Dan Angkuh

Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh :-
  1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak itu belum banyak melakukan dosa berbanding kita.
  2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana dia sudah lama beribadat.
  3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita, kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
  4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
  5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia, kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
  6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah S.W.T., dan akan memeluk Islam. Maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

Monday, May 5, 2008

Persahabatan

Semalam,
Kita bertemu dan melayari persahabatan,
Tanpa gelombang yang datang mengganas,
Pun tiada suara-suara,
yang menggoda hati.

Hari ini,
Kita melayari dan melintasi ranjau persahabatan,
Onak dan duri menghalangi perjalanan,
Pun suara-suara itu,
Kini sering menganggu.

Esok,
Berjayakah kita,
Menghadapi gelombang-gelombang itu,
Dan,
Sanggupkah kita,
Melintasi onak dan duri,
Yang sering menghalangi perjalanan kita.

Keampunan Dari-Mu

Dosaku menggunung tinggi,
Tapi rahmat-Mu di mercu langit,
Ku harap taubat ini belum terlambat,
Kerana langkahku didorong harap,
Selangkah aku mendekat,
Ribuan langkah Engkau rapat,
Walau seribu janji ku mungkiri,
Keampuan-Mu tetap tidak berakhir.


Saturday, May 3, 2008

Jangan Sombong Diri

  • Apabila kebaikan itu terlepas dari dirimu, maka kejarlah dia dan apabila engkau temukan keburukan, maka tinggalkanlah. Perbaiki dirimu, nescaya semua orang akan berbuat baik kepadamu. Jauhilah berbangga diri kerana tidak ada yang dapat dibanggakan pada diri makhluk yang diciptakan dari tanah dan akan kembali pula ke dalam tanah.
  • Belajarlah terlebih dahulu sebelum anda memimpin. Kurangkanlah berhutang, nescaya anda akan dapat hidup bebas. Barangsiapa buruk kepimpinannya, buruk pula tanggungjawabnya.
  • Barangsiapa yang suka bergurau, maka dia akan dipandang remeh. Mencari nafkah setahun lebih baik daripada jihad dalam bid'ah. Janganlah anda meminta bantuan dalam mengerjakan sesuatu kepada orang yang tidak senang terhadap hasil pekerjaan itu dan setiap orang yang beroleh kenikmatan, pasti ada orang lain yang iri hati.

PEPATAH CINA

  • Manusia adalah serupa. Yang membezakan mereka adalah pendidikan.
  • Waktu adalah wang.
  • Jika anda tidak pernah bertelingkah dengan orang lain, anda tidak akan mengenal satu sama lain.
  • Gambar berbicara lebih banyak dari seribu kata.
  • Jangan mencari jawapan, tetapi fahami terlebih dahulu pertanyaannya.
  • Bersedialah untuk perkara yang tidak diduga.
  • Kalau mahukan hasil setahun, tanamkan bijian. Kalau mahukan hasil sepuluh tahun, tanamlah buah-buahan. Tetapi kalau mahukan hasil sepanjang zaman, tanamkan kemanusiaan.

Peraturan Semulajadi

Anda akan menyelamatkan diri anda dari kegagalan dan sakit hati jika anda pelajari dalam usia muda suatu peraturan semulajadi yang tidak dapat diubah: TIADA HASIL TANPA USAHA. Tiada keuntungan tanpa bekerja, tiada kemahiran tanpa mencuba, tiada kejayaan tanpa kepayahan. Hanya satu perkara yang datang kepada kita tanpa perlu berusaha, iaitu UMUR TUA KITA.

Friday, May 2, 2008

Pesan Luqman Al-Hakim Kepada Anaknya

" Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:
  1. Apabila engkau sedang solat kepada Allah S.W.T., maka jagalah baik-baik fikiranmu.
  2. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
  3. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis, maka jagalah lidahmu.
  4. Apabila engkau hadir dalam jamuan, maka jagalah perangaimu.
  5. Ingat kepada Allah S.W.T.
  6. Lupakan budi baikmu pada orang lain.
  7. Lupakan segala kesalahan orang lain terhadapmu.
  8. Ingat kepada mati.