Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu....I Love U

Baru lepas call mak tadi. Macam-macam yang disembangkan, walaupun boleh dikatakan hampir setiap hari call mak. Maklumlah free aje...Mesti anda semua nak tahu kan macam mana boleh free?Ala, senang aje. Gunalah Celcom 1 + 3. Best sangat, macam-macam ada. Promote celcom sikit(jangan marah Maxis dan Digi). Tak tahulah kenapa nak aje selalu dengar suara mak aku. Rindu kot. Tapi aku bukan anak mak tau. Aku anak bapak..Hehe..Memang best dapat sembang-sembang dengan mak aku. Tenang hati dibuatnya. Kalau ada masalah, terus hilang macam itu aje..Kenapa tak percaya ke???Percayalah, selalulah sembang-sembang dengan mak anda. Tapi bagi yang dah tiada mak, doakan kebaikan dan kesejahteraan untuk dia. Rajin-rajinlah sedekahkan Al-Fatihah. Kerana suara merdu kehidupan ini adalah suara ibu@mak@mama@umi@mummy@mother dan lain-lain lagi lah...

Hari ini semua orang bercakap tentang hari ibu.(tapi ada juga bercakap tentang hari umno, namun kuranglah. ). Apa yang aku tahu tentang sambutan hari ibu ini ialah ianya berkaitan dengan sambutan di Amerika yang saban tahun disambut dengan meriah pada ahad kedua bulan Mei. Ini bermakna sambutan hari ibu ini bukan berasal dari perayaan masyarakat kita, lebih-lebih bagi yang beragama Islam. Jadi bagi yang beragama Islam adalah tidak baik untuk kita merayakannya. Mungkin lebih tepat disebut, dilarang merayakan dan menyokong usaha-usaha menyuburkan perayaan ini. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud janganlah kita mencontohi perbuatan sesuatu kaum kerana kelak kita digolongkan di dalam kelompok mereka..Lebih kuranglah maksudnya.

Pendapat aku ialah kita sambutlah hari ibu setiap hari. Call mak ke, sembang-sembang ke, tengok muka mak kita dengan ikhlas dan penuh kasih sayang ke(tengok muka orang tua kita satu ibadat tau), atau apa-apa aje yang sama waktu dengannya. Janji kita meraikan ibu kita dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Ingatlah, Syurga di bawah telapak kaki ibu. Berbakti dan jagalah ibu kita selagi hayat dikandung badan...Kita tidak dapat membalas jasa budi mak kita walaupun kita memberikan semua kehidupan ini kepadanya..Sekali lagi, tidak dapat membalas jasa budi mak walaupun kita berbakti dan menjaganya sepanjang hayat kita...Jasa dan pengorbanan mak kita tiada nilainya..

Namun, kalaupun kita tak dapat menyambutnya setiap hari, sambutlah pada hari lahir mak kita. Mak aku lahir pada 15/11/1958. Kira anak selepas merdeka macam aku gak. Tahun ini mak aku dah 50 tahun. Cepatnya masa berlalu kan..Rasa diri dah makin tua lak..Tapi yang aku hairan mak aku nampak muda aje. Macam umur 30-an sampai ada orang cakap dan tanya mak aku ini pakai susuk ke apa. Nampak muda dan cantik aje..Nanti aku nak tanya mak aku lah macamana nak muda selalu. Biasalah peminat aku ramai kan, takut diaorang lari pulak...hehe..Gurau aje..

Sampai di sini ajelah dulu aku nak citer pasal mak aku. Risau nanti bapak aku komen lak napa tak cerita tentang dia pulak. Mesti dia cakap aku tak adil. Tapi aku memang adil pun...hehe..Aku bagitaulah kat bapak aku citer tentang dia bulan depanlah pulak. Kan ada hari bapak gak. Betul tak alasan aku?

Apapun, selamat hari ibu kepada mak aku...I Love U

5 comments:

a.t.u.l.a.s.c.a. said...
This comment has been removed by the author.
a.t.u.l.a.s.c.a. said...

Assalamua`laikum... salam ziarah kembali dari saya. bertuahnya pada insan2 yang masih punya ibu...pada 19hb 5 nie genap 3 bulan ibu saya meninggalkan saya...perit masih terasa.moga saudara menjadi seorang anak soleh untuk ibu saudara sbb satu diantara 3 bekalan paling berharga buat seseorang bila mati adalah doa anak yang soleh..wallahua`lam...

Kassim Selamat said...

salam sdrku,
Sedap tajuk blog nii, jatuh 7x, bangun 8x...

harap sy akan bangun kembali spt tajuk blog ni.

semoga sdr menjadi anak yg solleh...amin.

Anonymous said...

Bertuahnya ibu saudara mendapa anak seperti saudara. Semoga saudara menjadi anak yg solleh. amin..syurga itu di bwh telapak kaki ibu..

Anonymous said...

Aku sokong 100% hari ibu dan bapa ialah hari2 .... ini semua salah satu hari untuk puak kristian .....

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru